Tumpuan :
Detik Niaga

Saham wajaran tinggi dorong Bursa Malaysia melonjak

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat sehingga tengah hari pada Selasa, disokong belian dalam saham wajaran tinggi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 7.95 mata kepada 1,453.13 daripada 1,445.18 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks utama itu dibuka 0.28 mata lebih rendah kepada 1,444.90.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 430 berbanding 392, manakala 415 kaunter tidak berubah, 1,142 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.88 bilion unit bernilai RM871.43 juta.

Peniaga berkata, unjuran keuntungan yang memberangsangkan telah meningkatkan minat risiko pelabur walaupun dagangan berhati-hati dalam pasaran serantau sebelum angka inflasi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, yang akan memberikan petunjuk mengenai arah kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

Pada masa yang sama, pelabur juga mempertimbangkan kemungkinan penutupan kerajaan AS.

Loading...
Terkini