Tumpuan :
Detik Niaga

Saham Tesla melonjak selepas kemenangan Trump dalam pilihan raya

FOTO: Reuters

ISTANBUL: Saham syarikat kenderaan elektrik gergasi, Tesla, mencatatkan peningkatan ketara susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Setakat 4.40 petang waktu tempatan (GMT1640), harga saham syarikat itu naik sekitar 13.3 peratus kepada AS$284.7.

Trump juga dijangka akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan import, termasuk kenderaan elektrik (EV), terutamanya dari China.

Situasi ini akan mengukuhkan dominasi Tesla dalam pasaran EV di AS.

Elon Musk, pemilik syarikat itu merupakan seorang daripada penyokong terbesar Trump semasa proses pilihan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini