comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rumah bawah RM300,000 jadi tumpuan pembeli

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Trend penurunan jumlah rumah siap tidak terjual di Malaysia mencerminkan perkembangan yang amat positif bagi pasaran hartanah, dengan pengurangan paling ketara adalah dalam kategori hartanah bernilai RM300,000 ke bawah.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari, berkata jumlah rumah siap tidak terjual yang lebih kecil bermakna semakin ramai keluarga yang mencari kediaman dan perkembangan ini akan membantu menstabilkan harga serta bekalan.

“Pasaran kediaman adalah sektor yang paling mantap, dan prestasi baik sektor itu menyumbang kepada penurunan hartanah siap tidak terjual di beberapa negeri yang menunjukkan keadaan terburuk sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Juwai IQI hari ini menerbitkan tinjauan pasaran kediaman separuh kedua 2023 bagi Malaysia.

Kashif berkata, Johor mencatatkan penurunan sebanyak 14 peratus rumah siap tidak terjual berbanding dengan paras pada 2021.

“Rumah siap tidak terjual berkurangan sebanyak 39 peratus di Selangor, 35 peratus di Pulau Pinang dan 12 peratus di Kuala Lumpur,” katanya.

Berhubung harga kediaman, beliau berkata Indeks Harga Rumah Malaysia meningkat sederhana dua peratus pada suku pertama tahun ini, kadar pertumbuhan yang tidak jauh daripada paras semasa prapandemik.

Loading...
Terkini