comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

KSP RMK12: RM1.5 bilion projek & program diluluskan, 114,000 keluarga miskin tegar perlu diselamatkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.5 bilion telah diluluskan untuk menggerakkan program dan projek yang mampu menjana pendapatan bagi golongan sasar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah segera akan diambil untuk membasmi kemiskinan dengan memperkasa golongan rentan melalui pewujudan pelbagai peluang pekerjaan dan pengukuhan perlindungan sosial.

“Sehingga 15 Ogos 2023, Kerajaan masih bertungkus-lumus menyelamatkan hampir 114,000 keluarga miskin tegar daripada cengkaman kemiskinan” kata Perdana Menteri semasa membentangkan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) 2021-2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Demi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, Kerajaan berikrar untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun ini juga, tanpa mengira etnik mahupun keberadaan mereka di bandar, desa, dan pedalaman.

Loading...
Terkini