comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rizab antarabangsa BNM naik kepada AS$114.1 bilion

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) naik kepada AS$114.1 bilion menjelang 14 Jun 2024 berbanding AS$113.6 bilion yang dicatatkan pada 31 Mei 2024.

Bank pusat itu melalui satu kenyataan hari ini memberitahu kedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu termasuk rizab mata wang asing yang berjumlah AS$101.9 bilion, diikuti oleh rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (US$2.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.4 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM644.62 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM540.47 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.91 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.69 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.84 bilion), tanah dan bangunan (RM4.12 bilion) selain aset-aset lain (RM58.56 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM201.57 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.31 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM153.96 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.55 bilion) dan deposit lain (RM63.06 bilion), kertas Bank Negara (RM19.21 bilion), peruntukan SDR (RM30.21 bilion), dan liabiliti lain (RM3.61 bilion).

-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini