comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS ekoran kenaikan kadar fed tidak ketara

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata peratusan lagi.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.2445/2490 berbanding dolar AS daripada 4.2655/2700 ketika ditutup pada Selasa.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata dolar AS terjejas teruk dalam tempoh semalaman selepas pasaran memberi jangkaan kadar faedah tidak meningkat ketara berdasarkan petunjuk akan datang yang diberikan oleh Fed.

“Bagaimanapun, data pembuatan AS yang rendah dan beberapa susulan Indeks Pengurus Pembelian China yang lemah sejak semalam mencetuskan penjualan minyak mentah Brent dan komoditi lain, berkemungkinan menyebabkan ringgit susut semula daripada paras terbaik harian 4.2250 (berbanding dolar AS).

“Namun, ringgit masih ditutup dengan kecenderungan lebih kukuh,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama. – BERNAMA

Loading...
Terkini