Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur mengalihkan tumpuan daripada dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah AS pada Rabu, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7255/7290 berbanding dolar AS daripada 4.7310/7360 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid yakin peserta pasaran akan berwaspada terhadap penilaian terkini Rizab Persekutuan AS (Fed AS) semasa mesyuarat terbaru Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan bermula hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata pelabur akan memantau rapi laporan Tinjauan Peluang Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS) malam ini, dengan anggaran konsensus peluang pekerjaan berjumlah 8.75 juta pada Disember 2023 berbanding 8.79 juta pada bulan terdahulu.

“Peluang pekerjaan yang rendah bererti permintaan rendah terhadap tenaga kerja, yang mendorong pertimbangan kepada penurunan kadar faedah pada tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini