Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa menjelang pengumuman indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) untuk Mei lewat hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu ditutup pada 4.6115/6185 berbanding dolar AS 4.6175/6220 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS berkemungkinan mengekalkan Kadar Dana Fed (Rizab Persekutuan AS) semasa mesyuarat pada 13-14 Jun.

“Tetapi persoalan yang lebih penting ialah sama ada ia akan meneruskan kempen kenaikan kadar semula pada Julai dan seterusnya.

Sehubungan itu, ringgit dijangka akan berada pada jajaran julat yang kecil dalam tempoh terdekat sehingga lebih banyak penjelasan mengenai jangkaan terhadap kadar faedah di AS,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini