comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit kekal ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat(AS) pada Selasa, sejajar dengan mata wang negara pesat membangun, susulan kebimbangan terhadap prospek ekonomi lembap, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.7215/7255 berbanding dolar AS daripada 4.7150/7195 ketika ditutup pada Isnin.

Presiden Rizab Persekutuan Bank of Cleveland, Loretta Mester berkata bank pusat AS mungkin perlu menaikkan kadar pada tahun ini dan kemudian mengekalkannya pada paras lebih tinggi untuk beberapa tempoh supaya inflasi pulih kepada sasaran 2.0 peratus.

Di peringkat tempatan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong oleh aktiviti berorientasikan domestik dan akan terus didorong oleh keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Dalam ucapan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) ke-13 hari ini, beliau berkata keadaan pasaran buruh, khususnya pekerjaan dan upah, terus bertambah baik, menyokong kemampuan isi rumah untuk berbelanja.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Loading...
Terkini