Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit melanjutkan kerugian semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar US pada Jumaat berikutan data indeks harga pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang positif mendorong beberapa pelabur untuk kembali mencari aset selamat, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.6455/6500 berbanding dolar US daripada 4.6425/6455 dicatatkan pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa ringgit kelihatan agak stabil berbanding dolar US, didagang sekitar RM4.642 hingga RM4.648.

“Berita mengenai IHP AS yang lebih tinggi daripada jangkaan untuk Disember 2023 malam tadi tidak banyak mempengaruhi ringgit dengan Indeks Dolar US (DXY) jatuh 0.05 peratus kepada 102.238 mata,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata harga minyak melonjak pada Jumaat susulan Amerika Syarikat dan Britain melakukan serangan terhadap Houthi di Yaman untuk bertindak balas serangan oleh kumpulan yang disokong Iran itu di Laut Merah sejak akhir tahun lepas.

Loading...
Terkini