Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR:  Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini, seiring dengan mata wang pasaran pesat membangun yang lain, berikutan pelabur tidak memasuki pasaran, kerana menunggu data pekerjaan swasta AS yang dijadualkan keluar lewat hari ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.7285/7320 berbanding dolar AS 4.7215/7255 ketika ditutup pada Selasa.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Abdul Rasheed Ghaffour menolak penurunan kadar faedah ketika ini, memandangkan ekonomi domestik berkemungkinan kekal berdaya tahan berikutan pekerjaan dan gaji menyokong perbelanjaan isi rumah.

Dalam satu laporan berita hari ini, Abdul Rasheed, yang menerajui bank pusat itu untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam dua mesyuarat awalnya sebagai gabenor, berkata pengembangan Malaysia juga akan disokong oleh projek infrastruktur berbilang tahun dan pemulihan global yang dijangka pada 2024.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Loading...
Terkini