comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa selepas Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Perkhidmatan Caixin, China gagal menepati jangkaan dengan margin yang luas, sekali gus mempengaruhi pasaran risiko tempatan.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata yuan adalah lemah justeru, telah mengheret turun ringgit.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.6615/6655 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6575 ketika ditutup pada Isnin.

Beliau berkata selain itu, dolar AS semakin kukuh di seluruh papan apabila sentimen risiko global tidak menentu, dengan inflasi dijangkakan meningkat selepas harga minyak mentah mencecah paras tertinggi 2023 dalam tempoh semalaman.

“Walaupun harga minyak mentah yang lebih tinggi lazimnya memberi kelebihan kepada ringgit namun perkara itu tidak berlaku jika ia mendorong hasil bon AS menjadi lebih tinggi.

Tiga ekonomi Asia iaitu Korea Selatan, Filipina dan Thailand, mencatatkan bacaan inflasi lebih tinggi berbanding jangkaan berikutan harga minyak meningkat, dan itu juga telah membimbangkan pelabur,” katanya kepada Bernama.

IPP Perkhidmatan China merosot kepada 51.8 pada Ogos, berbanding pengembangan 54.1 pada Julai.

Pada penutupan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Loading...
Terkini