Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati menjelang data pekerjaan utama Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6445/6485 berbanding dolar AS daripada 4.6365/6405 pada Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memantau data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata anggaran konsensus mencatatkan jumlah pekerjaan yang diwujudkan sebanyak 170,000 pada Ogos daripada 187,000 pada bulan sebelumnya, yang bermakna kadar pewujudan pekerjaan sederhana pada tahun ini.

“Bagaimanapun, pasaran dilihat tidak yakin berikutan Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan pendirian kepada kadar faedah tinggi pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada September,” katanya kepada Bernama.

Loading...
Terkini