Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus menunjukkan kecenderungan penurunan selepas data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tidak menggalakkan menjelang pengumuman inflasi oleh Fed untuk Mac, malam ini.

Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata KDNK AS pada suku pertama 2024 lebih rendah daripada jangkaan pada 1.6 peratus berbanding unjuran konsensus pada 2.5 peratus, menunjukkan ekonomi lembap dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Ini menyebabkan Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 105.598 mata.

Pada suku pertama 2024, indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) lebih tinggi pada 3.4 peratus daripada 1.8 peratus pada suku tahun sebelumnya, menunjukkan tekanan inflasi yang kekal.

“Justeru, terdapat petunjuk bercampur-campur mengenai kadar AS tetapi ekonomi yang lembap agak ketara. Sehubungan itu, kami menjangka ringgit akan disokong dengan baik sejajar dengan penurunan DXY,” katanya kepada Bernama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini