comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit cecah 4.42 berbanding dolar AS, dijangka terus kukuh

Foto hiasan

Oleh: Afrina Romzi

PETALING JAYA: Ringgit meneruskan prestasi cemerlang buat hari ke-11 berturut-turut, ditutup tinggi pada 4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), petang tadi.

Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata trend pengukuhan ini juga adalah yang terpanjang sejak 2010.

“Buat masa ini trend pengukuhan ini disokong oleh tiga faktor iaitu pertama, perubahan dasar monetari dalam kalangan Bank-bank Pusat Dunia.

“Kedua, laporan pendapatan sektor teknologi di AS untuk suku kedua yang kurang memberangsangkan. Ketiga, data pekerjaan AS yang lebih rendah daripada ujuran ahli ekonomi,” katanya kepada BuletinTV3.

Bagaimanapun, katanya walaupun ringgit yang kukuh banyak memberi manfaat kepada ekonomi, tetapi peningkatan mendadak adalah tidak sihat kerana ia memberi kejutakan kepada ekonomi dan juga perniagaan.

Untuk itu, beliau menjangka trend pengukuhan mata wang ini dilihat akan kekal buat sementara waktu,  sebelum ringgit berada pada paras optimum yang diaggarkan 4.42 hingga 4.38 berbanding dolar AS.

Antara faktor yang akan memberi sokongan terhadap ringgit adalah lebihan akaun semasa. Pada suku kedua 2024, lebihan perdagangan barangan merekod RM32 bilion dengan eksport dijangka meningkat dalam enam bulan akan datang.

Seterusnya, unjuran kenaikan harga minyak mentah Brent. Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) menjangkakan purata harga minyak mentah Brent meningkat daripada AS$84 setong kepada AS$89 setong.

Ini selain aliran masuk dana asing ke dalam pasaran bon dan ekuiti, serta pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diujur kukuh bagi 2024 dan 2025.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini