comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit berbanding dolar Singapura di paras terendah dalam sejarah

KUALA LUMPUR: Ringgit kini berada pada paras terendahnya dalam sejarah berbanding dolar Singapura dengan berlegar sekitar RM3.4047 pada tengahari.

Paras itu mengatasi paras terendahnya sebelum ini iaitu 3.4019 yang dicatat pada 10 November tahun lalu.

Terbaharu, dolar Singapura mengukuh selepas perangkaan harga pengguna utama Singapura pada April meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan justeru mendorong bank pusatnya, Monetary Authority of Singapore (MAS) untuk mengukuhkan mata wangnya.

Ia berikutan, MAS selaku bank pusat Singapura, menggunakan tukaran mata wang asing sebagai alat dasar utama untuk mengatasi masalah inflasi yang diimport.

Perangkaan rasmi yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan harga pengguna utama Singapura meningkat lima peratus pada April, lebih tinggi berbanding unjuran.

Inflasi teras, yang tidak termasuk pengangkutan jalan raya persendirian dan kos penginapan meningkat lima peratus tahun ke tahun pada April, manakala tinjauan pendapat ahli ekonomi Reuters menjangkakan peningkatan 4.7 peratus.

Loading...
Terkini