comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

RHB perkasa PKS dengan modal kerja RM450 juta

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: RHB Banking Group menyasarkan untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan pembiayaan modal kerja berjumlah RM450 juta menjelang akhir 2023 melalui Program Pembiayaan Pembekal dan Vendor RHB.

Program itu, dengan kerjasama Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), tersedia untuk PKS tempatan yang dianugerahkan kontrak untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan persekutuan dan negeri serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpilih, katanya.

Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB, Jeffrey Ng Eow Oo, berkata kumpulan itu melancarkan program perintis itu pada Mac tahun ini untuk PKS Sarawak yang dianugerahkan kontrak oleh kerajaan negeri dan GLC terpilih.

“Proses permohonan pinjaman PKS menjadi pantas dan tanpa kerumitan serta pengeluaran dana yang cepat, meningkatkan aliran tunai perniagaan mereka dengan ketara.

“Ini seterusnya membolehkan mereka memohon tender untuk lebih banyak projek dan mengembangkan perniagaan mereka dengan cepat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kumpulan itu berkata, program berkenaan menawarkan pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM10 juta kepada PKS yang layak dengan kadar faedah yang kompetitif sehingga dua peratus setiap tahun.

Loading...
Terkini