Tumpuan :
Detik Niaga

Redtone akan berpindah ke pasaran utama pada 24 Mei

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd mengumumkan perpindahan sekuriti Redtone Digital Bhd daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Securities di bawah sektor ‘Telekomunikasi & Media’, pada 9 pagi, 24 Mei, 2023.

Bursa dalam satu kenyataan hari ini berkata meskipun perpindahan itu, nama singkat saham (REDTONE) dan nombor saham (0032) bagi sekuriti syarikat itu kekal tidak berubah.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan infrastruktur digital bersepadu itu, yang disenaraikan di Pasaran ACE pada 2004, merupakan anak syarikat Berjaya Corp Bhd. – BERNAMA

Loading...
Terkini