comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rasionalisasi subsidi dipertimbang guna kaedah IC atau e-dompet

Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, MOF ditemui media selepas ucapan Pasca Bajet 2024.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kerajaaan kini dalam proses mempertimbang mekanisme rasionalisasi subsidi RON95 menggunakan kaedah kad pengenalan MyKad atau e-dompet.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan (MOF), Datuk Johan Mahmood Merican berkata, penting bagi kerajaan untuk mewujudkan mekanisme yang mengurangkan ketirisan subsidi RON95.

“Kerajaan tetap komited untuk memastikan majoriti rakyat kekal menikmati manfaat subsidi. Itu adalah komitmen utama.

“Butiran pelaksanaannya kini diusahakan dan perlu dimuktamadkan,” katanya ketika ditemui media selepas ucapan di majlis Pasca Bajet 2025 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA).

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyasaran subsidi dijangka dilaksana pertengahan tahun depan.

Ketika ini, butiran mekanisme masih diusahakan dan perlu dimuktamadkan.

“Sama ada kad fleet atau kad pengenalan yang dipautkan ke pangkalan data. Turut dipertimbangkan gabungan e-dompet atau kad tertentu seperti kad debit.

“Ini pada dasarnya adalah pilihan untuk mencerminkan harga peringkat yang kami pelajari daripada penyasaran diesel dan pada asasnya juga untuk individu, menggunakan salah satu pilihan tersebut.” jelasnya.

Dengan penyasaran subsidi RON95, kerajaan dijangka jimat sehingga RM8 bilion.

Menyentuh mengenai cukai dividen, Datuk Johan berkata ia disasarkan bagi mereka yang memiliki nilai saham yang mencecah RM2 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini