comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Rangka Kerja Kemahiran Masa Depan untuk 10 sektor dilancar September nanti

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan lancar Rangka Kerja Kemahiran Masa Hadapan untuk 10 sektor hujung September tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata rangka kerja itu dijangka memberi panduan berhubung dengan lebih 4.5 juta pekerjaan dalam sektor terbabit. Talent Corp kini berusaha untuk mengariskan rangka kerja untuk 10 sektor strategik berkenaan.

Ia membabitkan sektor Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT), pembuatan dan perkhidmatan makanan, pembuatan farmaseutikal, aeroangkasa, elektrik dan elektronik (E&E),  perdagangan borong dan runcit, bahan kimia, peralatan perubatan,  tenaga dan kuasa; dan perkhidmatan perniagaan global.

“Jika kita menambah sektor kewangan hari ini maka ia adalah 4.67 juta. 10 sektor itu membentuk 79% daripada KDNK Malaysia yang menjadi sebab utama sektor terbabit dilipih.” kata beliau dalam ucapan pada majlis pelancaran Rangka Kerja Kemahiran Masa depan (FSF) pagi tadi.

Jelas beliau, rangka kerja untuk 10 sektor ini akan mengambil pendekatan metodologi yang sama seperti FSF yang dipacu data dan industri dengan wajaran tambahan terhadap kesan AI, Pendigitalan dan Ekonomi Hijau terhadap 10 sektor terbabit.

“Selepas rangka kerja ini dikeluarkan, KESUMA akan mewujudkan portal interaktif untuk membolehkan perniagaan, pekerja, pelajar, pengubal dasar dan sesiapa sahaja merujuk rangka kerja ini yang akan kemas kini secara berkala,”

Portal yang akan diwujudkan KESUMA itu juga membolehkan pengguna dihubungkan dengan kursus kemahiran sedia ada dan perkhidmatan padanan pekerjaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini