PETALING JAYA: PUC Bhd, penyedia penyelesaian pembayaran digital, pemasaran digital dan penebusan kesetiaan inovatif hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh Kumpulan, Presto Technology Sdn Bhd (Presto) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Web Bytes Sdn Bhd. Ia bertujuan menjalin kerjasama membantu peniaga menjual e-baucar pada platform Presto.
Syarikat dalam satu kenyataan berkata, Presto adalah aplikasi penebusan kesetiaan e-dagang PUC dengan lebih 10 juta ahli yang menganjurkan pelbagai program ganjaran kesetiaan terus ke dalam gerbang pembayarannya.”Presto membenarkan pengguna untuk menyatukan dan menggunakan berbilang mata kesetiaan dalam satu transaksi.
“Matlamat utamanya adalah untuk memudahkan pengurusan katalog penebusan ganjaran rakan kongsi kami.Web Bytes telah memperkasakan lebih daripada 5,000 peniaga runcit dengan penyelesaian titik jualan Xilnex berasaskan awan di rantau ini.
“Melalui penjual semula dan rakan kongsi, Xilnex kini turut hadir di pelbagai negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Singapura dengan 30,000 pemasangan,” kata kenyataan itu.