Tumpuan :
Detik Niaga

Propel Global jual 55 peratus kepentingan dalam PCSB

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global, Angeline Lee. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Propel Global Bhd , pembekal minyak dan gas (O&G) dan perkhidmatan teknikal, melupuskan 55 peratus kepentingan ekuitinya dalam Propel Chemicals Sdn Bhd (PCSB) dengan balasan tunai RM9.07 juta kepada Hextar Kimia Sdn Bhd (HKSB).

Turut berbuat demikian Rancak Nikmat Sdn Bhd dan Wiramas Baiduri Sdn Bhd juga akan melupuskan 45 peratus pegangan kolektif mereka dalam PCSB kepada HKSB pada harga RM7.425 juta.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global, Angeline Lee berkata, pihaknya menekankan bahawa keputusan untuk meneruskan pelupusan itu didorong oleh kerugian kewangan tiga tahun PCSB dan peranannya sebagai peserta yang lebih kecil dalam pasaran bahan kimia khusus bersaing dengan pesaing yang lebih besar dengan kelebihan skala.

“Penjualan ini mewakili langkah strategik untuk keluar daripada usaha niaga yang tidak menguntungkan dengan prospek pertumbuhan yang terhad,” katanya di sini hari ini.

Angeline menambah, syarikat merancang masa depan kami agar teguh dan sangat optimistik.

“Kami berdedikasi kepada perniagaan teras kami sebagai penyedia perkhidmatan minyak dan gas dan pembinaan, dengan tumpuan yang kuat pada kepakaran kejuruteraan dan teknikal kami. Ini bukan sahaja memartabatkan kecemerlangan kami dalam sektor minyak dan gas tetapi juga meletakkan Propel Global sebagai penyedia penyelesaian bersepadu sehenti merentas industri.

“Kami yakin strategi ini akan menghasilkan nilai yang luar biasa untuk pelanggan kami dan keuntungan yang mampan untuk Kumpulan,” tambahnya.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023, Propel Global telah mencatatkan angka yang mengagumkan, dengan hasil dan keuntungan sebelum cukai (tidak termasuk pendapatan lain) masing-masing berjumlah RM110.9 juta dan RM7.0 juta.

Loading...
Terkini