DUBAI: Produk buatan Malaysia berpotensi besar di kembangkan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang miliki akses ke pasaran timur tengah yang luas.
Menurut Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) potensi besar ini akan dapat direalisasikan setelah beberapa isu-isu kekangan yang dihadapi oleh syarikat Malaysia di pasaran UAE diatasi.
Dalam satu kenyataan, Presiden PENGILANG, Datuk Azman Yusoff berkata program-program yang akan dijalankan di Dubai untuk mempromosikan usaha-usaha ekonomi dan perdagangan telah diumumkan, menggambarkan komitmen PENGILANG dalam memperluaskan pasaran.
Pertemuan pertama delegasi Ahli Jawatankuasa (AJK) PENGILANG
telah berlangsung dengan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Encik Mohd Fadly bin Amri.
Sesi kedua melibatkan Persatuan PENGILANG bertemu dengan wakil dari Dubai Chambers.
Perbincangan ini memberi fokus kepada potensi sinergi ekonomi dan industri di antara Malaysia dan UAE, dengan penekanan pada pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Pertemuan ini turut dihadiri oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai, Encik Mohd Fadly bin Amri, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Dubai, Encik Megat Iskandar Ahmad Dassilah, serta Penolong Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Dubai, Haslinda Hassan.
Dubai Chambers pula diwakili oleh H.E. Mohammed Lootah, Presiden dan CEO; Salem Alshamsi, Naib Presiden – Pasaran Global; Marwan AlMarri, Pengarah Wilayah (Asia) –Pasaran Global; dan Sumaya AlShamsi, Pengarah – Perhubungan Strategik dan Protokol.
Perbincangan ini telah menegaskan tekad untuk menguatkan lagi kerjasama dalam memperluas perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan UAE.
Kunjungan ini adalah langkah positif dalam mempererat hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE.
PENGILANG dengan kerjasama Dubai Chambers berharap untuk mengukuhkan lagi hubungan ini melalui pelbagai inisiatif dan program-program yang akan datang
PENGILANG menyambut baik perkembangan ini dan berharap kerjasama yang lebih erat
akan terus mendorong pertumbuhan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan UAE.