comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PR1MA kongsi kepakaran rumah mampu milik bersama Afrika

Wakil PR1MA memberikan penerangan mengenai perumahan mampu milik kepada delegasi dari negara-negara Afrika. – FOTO: Ihsan PR1MA

KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), agensi perumahan utama di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menerima kunjungan delegasi dari benua Afrika baru-baru ini berkongsi pandangan dan pengalaman operasinya terutama mengenai pelaksanaan projek kediaman mampu milik berkualiti.

PR1MA dalam satu kenyataan berkata, kunjungan delegasi dari Afrika itu juga membuka ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengetahuan berkenaan model perumahan mampu milik yang efektif, fasiliti pembiayaan perumahan, perancangan bandar dan penggunaan teknologi dalam projek perumahan.

“PR1MA berkongsi maklumat mengenai penyediaan 53,646 unit kediamannya di seluruh negara, yang mana projek ini turut memberi penekanan kepada pembangunan komuniti daripada pelbagai aspek seperti kesejahteraan dan keselamatan, sosio-ekonomi dan pembangunan sosial penduduk,” katanya.

Lawatan rasmi daripada delegasi benua Afrika adalah anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersama Kementerian Luar Negeri di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) serta Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi program ‘Third Country Training Programme 2023: Trade Promotion for African Countries’ (TCTP 2023).

PR1MA berkata, dalam sesi itu juga, delegasi benua Afrika turut didedahkan dengan operasi penyediaan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi serta pengurusan fasiliti berkualiti melalui dua anak syarikatnya iaitu PR1MA Communications Sdn Bhd (PCSB) dan PR1MA Facilities Management Sdn Bhd (PFMSB).

| ARTIKEL BERKAITAN

 

 

Loading...
Terkini