comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PM mahu KWSP tingkatkan pelaburan domestik 70%

Datuk Seri Anwar semasa merasmikan Menara KWSP Kwasa Damansara di sini, hari ini.

Oleh Afrina Romzi

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  meningkatkan pelaburan domestik, sekurang-kurangnya 70% tahun ini, daripada 64% pada 2022.

“Saya mahu untuk tahun 2023, cari jalan supaya pelaburan dalam negeri itu mencecah sekurang-kurangnya 70%, melihat kepada keperluan negara sekarang dan dalam beberapa pelaburan itu, mengambil kira keperluan kepada rakyat,” beliau berkata demikian dalam ucaptama semasa merasmikan menara ibu pejabat KWSP baharu Kwasa Damansara.

Tambah beliau, hala tuju pelaburan itu juga perlu seiring dengan pendekatan kerajaan hari ini termasuk fokus terhadap ekonomi pertanian sebagai keterjaminan makanan serta syarikat pemula bagi golongan belia dalam industri baharu.

“Menambah upaya kita, pengeluaran dalam bidang pertanian. Tidak munasabah bagi negara RM50 bilion, RM60 bilion masih import barang-barang makanan. Jadi pendekatan panel pelaburan perlu diubah suai, melihat kepada kerangka besar dan bukan untuk menteri mengarahkan supaya melabur di mana-mana syarikat pilihan,” tambah beliau.

Artikel berkaitan: Anwar ulangi ketegasan tak benar pengeluaran KWSP

Pelaburan seperti ini penting selain fokus terhadap pelaburan besar yang juga strategik dan diminta kerajaan.

“Pelaburan itu betul, ada yang strategik, bukan sahaja industri tetapi infrastruktur yang strategik. Lebuh raya PLUS dahulu, terowong SMART dan perumahan. Semua itu dimasuki KSWP (sebagai pelabur). Memang saya akui sudah dilakukan.

“Harus ada hala tuju baharu untuk mencari ruang dan pendekatan untuk mengajak anak-anak muda dalam kegiatan mereka, syarikat pemula, yang memerlukan sedikit sebanyak kepakaran, daripada hanya menumpukan pelaburan besar yang perlu dan strategik untuk negara yang juga diminta oleh kerajaan,” katanya.

Tegas beliau, panel pelaburan perlu kekal bebas dan profesional yang mengambil keputusan berdasarkan kepentingan KWSP dan pencarum.

Artikel berkaitan: Anwar mahu panel penilai pelaburan KWSP bebas daripada pengaruh ‘orang atasan’

Loading...
Terkini