comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PM Anwar rasmi majlis pecah tanah Pusat Data dan Wilayah Awan Google

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis pecah tanah Pusat Data dan Wilayah Awan Google, hari ini.

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan majlis pecah tanah Pusat Data dan Wilayah Awan Google di Malaysia yang melibatkan pelaburan berjumlah AS$2 bilion.

“Pelaburan Google sangat terperinci dan inklusif melibatkan kemahiran digital, kerjasama dengan pelajar serta teknologi hijau untuk masa depan yang mampan,” katanya pada ucaptama majlis pecah tanah Google, Mantap Malaysia bersama AI, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat berkata, Google akan memperkasakan individu dan perniagaan di Malaysia untuk berinovasi, berkembang dan memanfaatkan sepenuhnya potensi era digital.

“Google akan meneruskan pengawasan yang bertanggungjawab terhadap sumber asli dengan menambah baik perkembangan tadahan air dan ekosistem di Malaysia, serta membantu memacu penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Mei lalu, Google mengumumkan pelaburan AS$2 bilion bagi membangunkan Pusat Data dan Wilayah Awannya di Malaysia.

Pelaburan besar ini mewujudkan 26,500 pekerjaan untuk rakyat tempatan, menjelang 2030.

Peluang pekerjaan akan melibatkan pelbagai sektor termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan kewangan dengan impak ekonomi mencecah AS$3.2 bilion.

Pusat data Google akan dibangunkan di Elmina Business Park dan akan memacu teknologi pusat data seperti Google Search, Maps dan Workspace.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini