comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PLC perlu perkasa portfolio ESG, rangsang pasaran ekuiti tempatan – Rafizi

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggesa syarikat tersenarai awam (PLC) untuk mempercepat portfolio alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka bagi merangsang pasaran ekuiti tempatan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata instrumen perniagaan PLC perlu mencerminkan potensi pertumbuhan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Kita memerlukan lebih banyak syarikat baharu dan syarikat sedia ada, PLC untuk menerima semua pematuhan ESG. Semakin tinggi ekonomi hijau dalam aktiviti mereka, semakin menarik (syarikat) mereka dalam pengurus portfolio antarabangsa,” kata beliau selepas mengadakan lawatan ke tapak mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tambah beliau, instrumen ekonomi perlu seiring dengan permintaan pengurusan portfolio antarabangsa kerana Malaysia juga bersaing dengan pasaran membangun yang lain.

Melabur dalam saham ekuiti juga jelasnya bukan mengenai pencapaian terdahulu dan pelabur mahukan pulangan yang lebih baik.

“Syarikat tempatan boleh memberikan pulangan 5%, 8% setiap tahun. Walaupun ia dilihat stabil, pelabur portfolio mencari prospek pertumbuhan yang kebiasaannya mempunyai prestasi ekonomi bernilai tingg selain berkaitan hijau dan peralihan tenaga,” tambah beliau.

Untuk itu, syarikat tempatan terutama PLC perlu mengutamakan ESG dan melihat peluang dalam sektor berpotensi tinggi.

Loading...
Terkini