comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

‘Pil ekonomi’ Malaysia tunjuk keberkesanan

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Keyakinan terhadap Malaysia semakin meningkat selepas pengumuman Pelan Peralihan Tenaga (NETR) dan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.Beliau berkata, ‘pil-pil ekonomi’ negara sedang menunjukkan keberkesanannya, dan lebih banyak rancangan serta program sedang menanti untuk dilaksanakan.

“Ekonomi Malaysia akan terus bergerak ke hadapan dengan komitmen yang sama. Kerajaan Perpaduan akan terus berusaha, berinovasi, untuk memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan sentiasa di landasan yang tepat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi.Rafizi berkata, pelabur asing menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada ekonomi negara pada bulan Julai 2023, jumlah tertinggi dicatatkan sejak Mac 2016.

“Pada 10 Ogos, kita telah mencatatkan RM2 bilion dalam bentuk ekuiti dan jumlah yang memberangsangkan iaitu RM11.4 bilion dalam pendapatan tetap.”Ini bermakna bulan ketujuh kita menerima pelaburan asing secara berterusan, satu tempoh terpanjang semenjak penghujung 2020,” katanya.

UOB Global Economics and Markets Research dalam satu laporan berkata, pelabur asing terus menyumbang kepada aset pelaburan portfolio Malaysia pada Julai, membawa keseluruhan aliran masuk RM12.7 bilion, menandakan aliran masuk portfolio asing bulanan terbesar sejak Mac 2016 dan pembelian asing bersih bagi tujuh bulan berturut-turut, tempoh paling lama sejak lewat 2020.Secara kumulatif, aliran masuk portfolio asing berjumlah RM29.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2023

Loading...
Terkini