comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PETRONAS Lubricants, PT KPI rancang bina loji pelincir di Indonesia

KUALA LUMPUR: PETRONAS Lubricants International (PLI) dan PT Kilang Pertamina Internasional (PT KPI) baru-baru ini memeterai Perjanjian Kajian Bersama (JSA) bagi meneroka kemungkinan membangunkan loji minyak asas pelincir baharu di Unit Penapisan (RU) IV Cilacap, Jawa Tengah.

Kerjasama strategik ini akan menyaksikan kedua-dua syarikat melaksanakan kajian daya maju terperinci dan teknikal, yang dijangka dapat menampung permintaan pasaran Indonesia selain pasaran serantau yang sedang berkembang termasuk China dan Asia Tenggara, dengan keputusan pelaburan dijangka akan dimuktamadkan menjelang 2025.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS Lubricants International, Hezlinn Idris, berkata JSA itu adalah sebahagian daripada usaha strategik lebih besar syarikat untuk melengkapi dan mengembangkan portfolio minyak asas pelincir gred tinggi sedia ada.

“Menerusi kerjasama ini, kami akan memanfaatkan kekuatan, keupayaan, rangkaian perniagaan sedia ada satu sama lain, bagi menjangkau pelanggan dengan lebih baik dan pantas.

“Kami percaya JSA ini akan menyediakan kedua-dua syarikat dengan peluang tambahan untuk meneroka pasaran yang belum diterokai dan seterusnya mengembangkan kehadiran di rantau ini sebagai pemimpin dalam teknologi pelinciran,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengarah Perancangan Perniagaan & Pembangunan PT KPI, Johan N.B. Nababan, syarikat itu berbangga untuk bekerjasama dengan PETRONAS Lubricants International, dalam pada ia meninjau peluang bersinergi bagi mengembangkan lagi kehadirannya di rantau ini.

“Terdapat banyak potensi untuk berkembang dan menerokai teknologi pelinciran, dan kami gembira bahawa kerjasama ini akan membuka banyak kemungkinan untuk kami,” katanya.

Loading...
Terkini