Tumpuan :
Detik Niaga

Persatuan Pemilik Hotel Malaysia gesa kerajaan kawal selia ‘Airbnb’

Foto hiasan

Oleh: Afrina Romzi

PETALING JAYA: Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) menggesa kerajaan untuk mengawal selia Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) seperti ‘Airbnb’ di negara ini.

Naib Presiden, MAHO, Robert Chong Shao Siew berkata ini supaya Malaysia dapat memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelancong serta memastikan keharmonian penduduk setempat.

“Kita tidak mahu mencemarkan imej Malaysia. Hanya kerana beberapa pengendali Airbnb, mereka hanya mahu meraih keuntungan, mereka tidak mengambil berat tentang perkhidmatan. Jadi itulah yang BC Ong (Ahli MAHO) sebutkan. Ia (Airbnb) mesti dikawal, ia tidak boleh bebas untuk semua,” katanya dalam satu sidang media sempena Ulang Tahun ke-25 Jubli Perak MAHO hari ini.

Tambah beliau, industri perhotelan masih mendapat permintaan tinggi walaupun perlu bersaing dengan platform lain, susulan tawaran perkhidmatan dan pengalaman yang berbeza.

Malah, industri ini kini beroperasi lebih baik berbanding sebelum pandemik, dengan kawasan bandar mencatat kadar penghunian antara 70 peratus hingga 80 peratus.

Ini adalah hasil daripada pembaharuan hotel, menaiktaraf perkhidmatan, pembangunan pekerja serta adaptasi teknologi baharu terutama sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini