comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Permodalan pasaran lepasi RM2 trilion, bukti pemulihan ekonomi Malaysia – PM

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Peningkatan dalam permodalan pasaran ekuiti Malaysia yang telah melepasi RM2 trilion (AS$450 bilion) membuktikan pemulihan ekonomi negara yang berterusan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, asas untuk mengekalkan keyakinan ini ialah rangka kerja kawal selia yang teguh untuk mengekalkan pasaran yang adil dan teratur, dengan peluang pengumpulan dana dan pelaburan yang pelbagai dan menyeluruh, merentas ekuiti, derivatif, bon dan sukuk.

“Justeru, saya perlu memberi pujian kepada Sekuriti Suruhanjaya Malaysia (SSM) dan Bursa Malaysia berikutan usaha berterusan dalam memastikan pasaran modal kita berkembang maju dan kekal menarik kepada pelabur,” katanya.

Ucaptama Datuk Seri Anwar, dibacakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Perhimpunan Agung World Federation of Exchanges (WFE) ke-63 hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini