comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan ekonomi maju, positif bagi ringgit

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour melancarkan Portal InvestMalaysia.

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan ekonomi maju adalah positif bagi ringgit di sebalik ketidaktentuan persekitaran global tahun ini.

Walau bagaimanapun, katanya, pihak BNM kekal memantau dengan teliti perkembangan global.

“BNM bersedia untuk menguruskan sebarang limpahan ke pasaran domestik, termasuk dengan memastikan kecairan yang mencukupi dalam pasaran pertukaran asing domestik.”katanya dalam ucapan pelancaran Portal InvestMalaysia.

Jelas beliau, perkembangan geopolitik, perubahan dalam dasar monetari oleh bank pusat global, dan pilihan raya Amerika Syarikat yang baru selesai, telah menyebabkan ketidaktentuan yang meningkat dalam pasaran kewangan global.

“Namun begitu, apa yang kekal adalah landskap domestik kekal kukuh, berikutan prospek dan asas ekonomi negara yang kukuh.” katanya lagi.

Dalam pada itu, portal yang baharu dilancarkan ini bertindak sebagai platform sehenti dan menyatukan maklumat penting yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan.

Portal InvestMalaysia ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan menarik dengan mengetengahkan dan mempromosikan peluang pelaburan dalam pasaran kewangan Malaysia kepada pelabur domestik dan asing.

Portal sehenti ini diselaraskan oleh BNM dan agensi kerajaan lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini