Oleh: Amanda Lopez
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati klasifikasi golongan miskin B40 dan kelas pertengahan M40 dan golongan kaya T20 yang digunakan selama 15 tahun, tidak mencerminkan realiti sebenar ekonomi isi rumah rakyat.
Ini kerana kumpulan isi rumah dalam kategori ini tidak memiliki corak perbelanjaan yang seragam.
Laporan KRI mencadangan pembahagian 20 peratus terbawah, B20 sebagai isi rumah yang tertumpu memenuhi keperluan asas.
M50 atau 50 peratus golongan pertengahan pula adalah mereka yang berdepan kompromi antara keperluan asas dan barangan aspirasi–menandakan kerentanan ekonomi.
Bagi golongan teratas T30 adalah isi rumah yang menunjukkan corak perbelanjaan aspirasi kelas pertengahan tetapi tidak semestinya kaya mengikut standard global.
Jelas KRI, dengan memahami had pengelasan ini, ia boleh menjadi kaedah berguna untuk merangka dasar yang lebih sesuai bagi menangani isu dihadapi kumpulan tertentu.
Ia kerana klasifikasi isi rumah yang tepat ke dalam kategori miskin atau kelas pertengahan adalah penting untuk perancangan kerajaan dan pengagihan sumber yang lebih berkesan.