comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Penggunaan gas akan meningkat dengan ketara di Asia Pasifik – PETRONAS

Petronas Gas Bhd (PGB)

KUALA LUMPUR: Asia Pasifik akan mengalami peningkatan yang ketara dalam penggunaan gas dalam masa terdekat apabila rantau ini bergerak ke arah peralihan tenaga.

Ketua Pegawai Operasi/Naib Presiden Eksekutif, Perniagaan Gas PETRONAS, Adnan Zainal Abidin berkata dalam kes Malaysia, Tenaga Nasional Bhd telah berikrar untuk mengurangkan separuh penggunaan arang batunya menjelang 2035, dan syarikat utiliti itu memerlukan pengganti untuk penjanaan kuasanya.

“Solar akan mempunyai hadnya kerana ia tidak konsisten. Malaysia pula mungkin bukan tempat yang baik untuk angin.

“Kami tidak memikirkan subjek nuklear, yang pada pendapat peribadi saya (kita) harus bersedia untuk tahun-tahun akan datang. Jadi apa yang tinggal jika bukan gas?,” katanya pada sesi pleno “Gas dan Gas Asli Cecair (LNG): Menjana Pertumbuhan Asia” di Energy Asia 2023 hari ini.

Adnan menjangkakan penggunaan gas di Semenanjung Malaysia akan berkembang disebabkan oleh medan gas asli yang terhad.

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa PETRONAS sedang meneroka lebih jauh (dalam bidang ini) walaupun menghadapi cabaran untuk menubuhkan medan baharu kerana kecenderungannya menjana bahan cemar yang tinggi. Ia juga akan menjadi lebih mahal berikutan penggabungan pemerangkapan karbon baharu, penggunaan dan penyimpanan.

“Apa yang penting, siapa yang akan membayar untuk ini? Kami tidak mahu menjadi monopoli dalam pasaran terkawal, kerana pasaran kuasa dikawal di Malaysia. Jadi, (perlu ada) pembaharuan dalam industri tenaga. Jika tidak, ada pihak yang perlu membayar untuk itu,” katanya.

Pengguna juga perlu menerima kenaikan harga dan menjadi lebih cekap kerana kadangkala subsidi menjejaskan pasaran (dan) kita menjadi tidak cekap, katanya.

Loading...
Terkini