comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Penggunaan besi dan keluli dijangka cecah 9 juta tan tahun ini: MISIF

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Penggunaan industri besi dan keluli di pasaran domestik, dijangka mampu mencecah sembilan juta tan tahun ini berbanding 7.9 juta tan tahun lalu.

Menurut Presiden Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) Datuk Lim Hong Thye, ia dilihat dipacu pelaksanaan projek infrastruktur seperti MRT3 dan LRT Pulau Pinang yang dapat meningkatkan permintaan.

“Kami menjangka terdapat pertumbuhan positif kepada sekitar 8.3 juta tan, namun jika semua projek infrastruktur ini mula dibangunkan, permintaan besi dan keluli boleh melonjak melepasi 9 juta tan, menghampiri angka tertinggi sebelum ini.” kata beliau pada satu sidang akhbar selepas majlis pelancaran laporan MISIFmengenai status dan prospek industri besi dan keluli Malaysia siang tadi.

Penggunaan besi dan keluli mencapai tahap tertinggi pada 10.3 juta tan pada 2016.

Mengulas mengenai kadar tarif elektrik, beliau berkata persatuan berharap kerajaan lebih telus dalam pengiraan kadar surcaj Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT).

Pemain industri juga berharap penurunan lebih tinggi berbanding 1 sen per kilowat jam yang diumumkan Sabtu lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini