comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengguna boleh buat aduan kepada bank, jika alami kerugian akibat gangguan perkhidmatan

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Pengguna yang berdepan kerugian akibat gangguan perkhidmatan perbankan atas talian, boleh membuat aduan terus kepada pihak bank, untuk urusan pampasan.

Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menjelaskan, isu terbabit juga boleh dipanjangkan ke saluran rasmi lain yang telah disediakan.

“Berkaitan penalti, denda yang dikutip itu disalurkan kepada akaun amanah disatukan kerajaan dan bukan Bank Negara. Mengenai pampasan pula, terdapat mekanisme pengguna sedia ada. Justeru, jika terdapat sebarang isu antara bank dan pelanggan boleh dibawa ke saluran itu.” katanya dalam satu sidang media selepas mengumumkan prestasi ekonomi kedua pagi tadi.

Mekanisme pengguna yang dirujuk itu seperti Ombudsman, jika bank dan pelanggan tidak dapat menyelesaikan kes.

Rabu lalu, dua gergasi perbankan negara-, Maybank dan CIMB dikenakan denda lebih RM5 juta ringgit kerana gangguan perkhidmatan berpanjangan.

Maybank dikenakan penalti RM4.3 juta, manakala CIMB didenda RM760,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini