comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengecualian duti setem rumah pertama & pindah milik harta tanah secara kasih sayang

Foto hiasan

Oleh: Amanda Lopez

PUTRAJAYA: Kerajaan melanjutkan pengecualian duti setem bagi pemilikan rumah pertama bagi menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat sepertimana dalam Belanjawan 2023.

Di bawah program pemilikan rumah, pemilikan rumah pertama akan diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

Menurut kementerian kewangan, pengecualian duti setem 100 peratus ini diberi bagi pembelian rumah berharga tidak melebihi RM500,000.

Bagi pembelian rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1,000,000 pengecualian duti setem 75 peratus diberi.

Pengecualian ini bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023.

Kerajaan juga bersetuju duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang dikecualikan sepenuhnya, terhad kepada RM1,000,000 pertama nilai hartanah.

Layanan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan mulai 1 April 2023.

Loading...
Terkini