comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Penganalisis ramal BNM kekalkan OPR 3.0 peratus hingga akhir tahun 

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini, kata penganalisis.

Dengan paras 3.00 peratus itu, OPR yang menjadi penanda aras kadar pinjaman dan deposit di negara ini, telah kembali ke paras yang dianggap normal pra-pandemik iaitu dalam jajaran 3.00 peratus hingga 3.25 peratus sebelum ini.

Penganalisis TA Securities, Shazma Juliana Abu Bakar berkata BNM awal minggu ini sudah membuat penilaian lanjut kesan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas itu kepada ekonomi.

Beliau berkata, selain itu bank pusat juga perlu memantau perkembangan inflasi dan risiko lain dengan berhati-hati.

“Walaupun masih ada ruang untuk kenaikan pada masa hadapan, kami percaya ia akan menjadi cabaran bagi Bank Negara untuk meningkatkan lagi OPR pada separuh kedua tahun ini.

“Pergerakan kadar masa hadapan akan bergantung pada trajektori pemulihan ekonomi domestik, perubahan dasar mendadak yang mungkin menjejaskan prestasi ekonomi dan prospek inflasi yang dipengaruhi terutamanya oleh harga komoditi global,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Shazma Juliana berkata, risiko lain yang berkaitan juga akan datang daripada perkembangan luaran.

Artikel berkaitan: BNM naik kadar OPR kepada 3.00%

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias, turut berpandangan OPR tidak akan dinaikkan lagi oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM dan kekal pada 3.00 peratus.

Beliau berkata, dengan prospek pertumbuhan domestik  berdaya tahan, MPC menilai, ia adalah tepat pada masanya untuk menormalkan lagi tahap kewangan.

 

Loading...
Terkini