Tumpuan :
Detik Niaga

Pendapatan sehingga RM2,500 sebulan dibawah Usahawan Tani IPR INTAN

IPR INTAN @ PJCity Food Valley

Oleh : Juliana Pija Ismail

PETALING JAYA : Kementerian Ekonomi dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan usahasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan melaksanakan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah komponen Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) menerusi pelancaran Projek IPR INTAN @ PJCity Food Valley hari ini.

Mailis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Pangsapuri Kos Rendah, Pelangi Damansara, Petaling Jaya.

Projek itu membabitkan tanah seluas 60 ekar di sekitar daerah Petaling Jaya dan dijangka memberi manfaat kepada 240 peserta IPR apabila dilaksanakan sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Fasa pertama projek melibatkan tanah seluas 10 ekar yang akan diusahakan dengan tanaman cili fertigasi oleh 40 peserta yang terdiri daripada penduduk setempat.

Setiap peserta akan disediakan satu plot tanah dengan 1000 polibeg cili lengkap dengan infrastruktur sistem fertigasi untuk dijaga sehingga membuahkan hasil.

PKPS akan mengambil tanggungjawab membimbing peserta dengan memberi latihan amali kaedah pertanian serta membantu memasarkan hasil tanaman mereka kepada orang ramai.

Setiap peserta berpotensi menjana pulangan bersih antara RM2000 sehingga RM2500 setiap bulan.

Loading...
Terkini