comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Penang Port sasar 1.5 juta kontena TEU tahun ini

Penang Port Sdn Bhd

Oleh: Afrina Romzi

BUTTERWORTH: Penang Port Sdn Bhd menyasar untuk mencatat kapasiti pengendalian kontena sebanyak 1.5 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) tahun ini, di sebalik krisis geopolitik Laut Merah sejak April.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Sasedharan Vasudevan berkata sasaran ini adalah peningkatan daripada pencapaian tahun lalu pada 1.44 juta TEU.

“Krisis Laut Merah terserlah sejak April dan ia memberi kesan besar kerana kami kerugian 20,000 hingga 70,000 kontena dalam tempoh itu,” katanya kepada wartawan sempena lawatan media ke Pelabuhan Pulau Pinang hari ini.

Tambah beliau, syarikat sedang menumpukan pasaran Teluk Bengal dengan potensi pasaran sehingga 8.1 juta TEU setiap tahun.

Ini melibatkan India, Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Katanya, peluang ini perlu diambil kerana sejak 2021, pasaran pemindahan kapal Teluk Bengal telah mengalami kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 100 peratus.

Selain itu, Penang Port melancarkan pelan induk 30 tahun bagi menambah kapasiti pelabuhan yang melibatkan lima fasa dan sedang menunggu kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan kerajaan.

Pembangunan itu melibatkan peningkatan kapasiti dermaga 4.1 juta TEU dan kapasiti limbungan 2.9 juta TEU menjelang 2060.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini