Tumpuan :
Detik Niaga

Pemaju Kekal ‘Neutral’ Terhadap Sektor Hartanah Awal 2023

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Pemaju kekal ‘neutral’ terhadap industri hartanah dan prospek ekonomi pada separuh kedua tahun ini dan awal 2023.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk N K Tong berkata, ini kerana lazimnya pembangunan hartanah mengikuti pergerakan ekonomi yang dilihat semakin mencabar.

“Saya rasa cabaran terbesar yang sedang dihadapi dunia sekarang ialah inflasi yang sangat tinggi. Malangnya pada pandangan saya, ini adalah norma baharu. Ia akan kekal untuk sementara waktu. Kita tidak dapat kembali kepada inflasi yang rendah untuk sekurang-kurangnya 3-5 tahun akan datang,” katanya pada sidang media pembentangan hasil kaji selidik REHDA, di sini, hari ini.

Hasil kaji selidik REHDA mendapati, 48 peratus responden yang melibatkan pemaju tidak bercadang melancarkan projek baharu pada separuh tahun kedua ini.

Antara faktor utama adalah persekitaran pasaran yang tidak menarik, kelewatan mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa serta kekurangan lokasi yang sesuai.

Selain itu, 66 peratus responden yang bakal melancar projek baharu menjangka prestasi jualan mereka pada kadar 50 peratus dan ke bawah.

Loading...
Terkini