Tumpuan :
Detik Niaga

Pemaju hartanah perlu susun semula strategi untuk kekal ‘menarik’ tahun depan

Foto hiasan

Oleh Suzila Idayu Yaacob 

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah perlu menyusun semula strategi perniagaan mereka supaya kekal ‘menarik’ di pasaran.

Pengarah Urusan Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), Mohd Imran Mohamad Salim berkata, ini berikutan pemaju ‘pasti’ akan terjejas disebabkan peningkatan kos tahun depan.

“Pemaju pasti akan berdepan peningkatan kos akibat daripada kesan kos bahan bekalan dan kos buruh. Ia memberi kesan kepada industri pada masa ini. Oleh itu, pemaju perlu menjadi lebih ‘unik’ tentang bagaimana mereka mahu meletakkan diri mereka,” katanya semasa webinar MARC360 Malaysian Rating Corporation Bhd hari ini yang bertemakan Unjuran Hartanah 2023.

Pedekatan yang boleh dilaksanakan oleh pemaju dalam menyusun semula strategi perniagaan mereka ialah dengan mengurangkan bilangan pembangunan hartanah dalam jangka pendek dan sederhana.

Pendekatan lain ialah menyemak semula pelancaran produk yang dirancang untuk mengelakkan lebihan bekalan di sektor dan lokasi tertentu.

Mengulas mengenai kenaikan kadar faedah, Mohd Imran menjangkakan permintaan akan jatuh sedikit namun ia tidak mempengaruhi pasaran.

“Permintaan untuk hartanah pada 2023 dijangka tidak jatuh mendadak di tengah-tengah kelembapan yang dijangkakan,” katanya.

Loading...
Terkini