Tumpuan :
Detik Niaga

Pemaju dijangka tidak lagi serap kenaikan kos – Penganalisis

Foto hiasan

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Harga rumah di pasaran domestik dijangka meningkat tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Henry Butcher Malaysia Sdn Bhd, Tan Chee Meng, pemaju dijangka tidak lagi menyerap kenaikan tinggi kos bahan binaan khususnya keluli dan batu bata.

“Apabila pemaju mengetahui yang permintaan projek kediaman akan sangat kukuh, serta mereka yang mempunyai aliran tunai modal yang tinggi akan mengambil peluang untuk meletak harga rumah yang lebih tinggi dua angka,” katanya.

Harga rumah teres di Selangor misalnya menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus sejak tahun lalu.

Ia dijangka berterusan sehingga tahun ini.

Manakala bagi Pengarah Urusan JLL Malaysia, dengan sentimen pasaran yang pulih, lokasi tumpuan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor dilihat cenderung untuk menyaksikan lebihan bekalan.

“Kestabilan politik dari segi dalaman dan juga undang-undang untuk mengawal pembinaan hartanah untuk mencegah situasi di mana terdapat lebihan bekalan.” katanya.

Dalam pada itu, permintaan hartanah kediaman dilihat kekal kukuh tahun ini disokong kadar faedah yang kondusif, pertumbuhan ekonomi yang kukuh selain kenaikan gaji penjawat awam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini