Tumpuan :
Detik Niaga

Pemain industri solar harap kuota dipertingkat, skim NEM dilanjutkan

Verdant Solar diiktiraf pembekal terbesar pemasangan solar kediaman dalam Buku Rekod Malaysia.

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Pemain industri solar berharap kerajaan akan melanjutkan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) yang berakhir hujung tahun ini dalam pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Verdant Solar, Zeth Lim turut berharap peningkatan kuota bagi rakyat serta insentif cukai bagi meningkatkan penggunaan tenaga solar dalam negara.

“Apa yang kami ingin lihat dalam adalah untuk lebih kuota diperuntukkan agar lebih ramai boleh pasang panel solar agar mereka dapat jimat bil elektrik mereka. Kedua, adalah insentif cukai bagi pemasangan panel solar bagi menyokong kelestarian alam sekitar dan pada masa yang sama , rakyat dapat jimat duit ke atas cukai yang perlu dibayar.” katanya pada majlis meraikannya sebagai pembekal terbesar pemasangan solar kediaman dalam Buku Rekod Malaysia.

Kategori program NEM rakyat di bawah skim ini hanya menawarkan kuota 100MW bagi kediaman daripada 800MV secara keseluruhan.

Katanya, sekitar 20,000 rumah di seluruh Malaysia yang menggunakan sistem fotovolta suria ini setakat ini.

Dari 2013, syarikat berjaya memasang melebihi 10.09 MW, bersamaan dengan RM171.5 juta penjimatan bil elektrik untuk pelanggan dan menghindari pembebasan 209,792 tan karbon dioksida (CO2) dalam masa 25 tahun.

Verdant Solar menjangkakan jumlah kapasiti fotovoltan solar yang terpasang di Malaysia akan mencapai 3,322MW menjelang 2023 agar objektif mereka untuk menjadikan dunia ini lebih kondusif melalui tenaga boleh diperbaharui dapat dicapai.

“Pencapaian yang diiktiraf secara rasmi sebagai pemegang rekod kebangsaan ini mencerminkan kesungguhan kami menuju ke arah 100 peratus tenaga boleh diperbaharui. Kami komited untuk membantu Malaysia dalam pencapaian sasaran sebanyak 31 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2025 yang ditetapkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (MESTECC).” katanya.

Loading...
Terkini