
Oleh: Amanda Lopez
PETALING JAYA: Pemain industi pembuatan tempatan kekal berhati-hati disebalik ketidaktentuan dasar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di bawah Trump 2.0.
Bagaimanapun, rata-rata syarikat tetap optimis bagi prospek 2025 berdasarkan permintaan yang kekal kukuh.
Naib Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee berkata dasar Trump 2.0 turut diseimbangkan pelbagai potensi sewaktu Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN.
“Pelaburan langsung asing semakin meningkat di Malaysia dan mereka sedang melancarkan beberapa projek yang anda boleh lihat pusat data akan masuk, lebih banyak China+1 malah orang ramai bercakap tentang Taiwan+1.” katanya.
“Jadi saya fikir dengan aliran masuk pelaburan langsung asing ini ke Malaysia dan untuk pembangunan ekonomi ASEAN dan juga eksport, FMM optimis bahawa keadaan akan menjadi lebih baik.” katanya apabila ditemui media selepas acara Glocomp ESG yang dilancarkan oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
FMM juga akan terus memperjuangkan prinsip ESG dan membina industri hijau.
“Iklim bukan sahaja cabaran untuk perdagangan tetapi juga untuk daya tahan kehidupan manusia. Jika anda melihat seperti Malaysia anda boleh melihat impak cuaca ekstrem apabila banyak kejadian banjir yang berleluasa.” jelasnya.
Jacob berkata pentabiran Trump yang tidak memberi penekanan kepada ESG akan memberi impak namun ada negara lain di dunia seperi Kesatuan Eropah yang kekal melaksanakan Mekanisme Penyesuaian Karbon Garis Sempadan (CBAM).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.