Oleh :Amanda Lopez
KUALA LUMPUR: Pemain industri e-dagang berharap kerangka perundangan e-dagang yang dijangka diumumkan tahun depan mewujudkan ekosistem adil kepada syarikat dan pengguna.
Menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), sebarang dasar juga perlu seiring perkembangan teknologi yang sentiasa berubah.
“Cara terbaik ialah mempunyai keseimbangan agar ia tidak begitu menghukum syarikat pada masa sama mengimbangi untuk melindungi kepentingan pengguna. Jadi, ia adalah proses transaksi perdagangan menang-menang yang perlu dibuat dengan lancar. Itu kritikal.” kata Jurucakap Bab E-dagang, MICCI, Hafidzi Razali.
MICCI turut melancarkan bab e-dagang bagi memastikan pemain industri dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
Tambah beliau, kerajaan dilihat sedang melalui proses menetapkan penanda aras serta amalan terbaik dunia.
ia turut melibatkan negara lain seperti Filipina yang merupakan antara negara pertama melaksanakan Akta Transaksi Internet.
Akta itu bertujuan untuk membina kepercayaan dalam e-Dagang dengan menyediakan rangka kerja kawal selia untuk perlindungan pengguna dan pedagang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.