comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan dijangka siap Julai 2023

Fadillah menyampaikan ucaptama pada POC2023 di Kuala Lumpur, hari ini -FOTO: NSTP / Syaiful Raziq

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam proses membangunkan Pelan Tindakan Biojisim Kebangsaan yang dijangka siap Julai depan.

Pelan tindakan itu merangkumi lima sektor iaitu perladangan, pertanian, ternakan, perikanan dan perhutanan.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata “Biojisim merangkumi banyak barang-barang. Justeru, ia memerlukan semua untuk bekerjasama kerana kadang-kadang semua baki diproses untuk dijadikan makanan, baja serta biojisim untuk tenaga dan sebagainya. Jadi di sinilah kami memerlukan penyelarasan, supaya kami mempunyai data. Daripada data itu yang kami tahu perkara yang hendak digunakan, cara menggunakannya dan sebagainya.”

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Unjuran Harga Minyak Sawit dan Laurik 2023 (POC 2023).

Salah satu projek berimpak tinggi yang akan dimulakan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam Rancangan Malaysia ke-12 adalah pengeluaran lignoselulosa dari biojisim.

Ia boleh digunakan dalam pelbagai sektor seperti industri makanan, farmaseutikal dan kosmetik.

Loading...
Terkini