comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelan Adaptasi Kebangsaan bagi tangani risiko iklim dijangka siap menjelang 2027

Oleh:Amanda Lopez

PETALING JAYA: Malaysia bakal menerima geran bernilai sekitar RM14 juta (AS$3juta) daripada Global Environmental Fund (GEF) bagi merangka Pelan Adaptasi Kebangsaan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelan bagi menangani risiko iklim ini dijangka siap menjelang 2027.

“Ia memerlukan pendekatan menyeluruh. Ini juga memajinkan peranan KPKT, DBKL bagaimana mereka boleh reka lebih banyak kawasan hijau. Kita sedang rancang menyiapkan Pelan Adaptasi Kebangsaan dan menerusi plan ini beberapa aspek seperti bandar span yang mana kita boleh menyerap air secara semula jadi.

Bagaimana ada kawasan hijau di kawasan bandar ini semua diambil kira dan memang ada penglibatan beberapa kementerian dalam plan tersebut.” kata beliau ketika ditemui selepas melancarkan Persidangan Binaan Hijau Antarabangsa (IGBC) 2024 pagi tadi.

Tahun lalu, Malaysia dilaporkan telah menerima RM364.8 juta peruntukan daripada GEF.

Sejumlah 21 projek di peringkat nasional telah dilaksana sejak menyertai GEF pada 1994.

Dalam pada itu, kementerian juga sedang menyiapkan rang undang-undang perubahan iklim negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini