comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelaksanaan pantas projek pembangunan pacu ekonomi Malaysia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Potensi pelaksanaan projek yang lebih cepat di bawah pelan tindakan pembangunan dijangka memacu ekonomi Malaysia untuk mencapai sasaran pertumbuhan yang diunjurkan antara 4.0 hingga 4.5 peratus tahun ini, demikian menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC).

MARC dalam laporan setengah tahunnya walau bagaimanapun berkata, Malaysia berdepan cabaran bagi mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan swasta disebabkan jangkaan pengguna terhadap inflasi yang lebih tinggi susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

“Walaupun sektor pelancongan mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi dalam empat bulan pertama 2024, mengekalkan lantunan ini memerlukan peningkatan berterusan dasar pelancongan di tengah-tengah persaingan yang lebih tinggi daripada negara ASEAN lain.

“Ini terutamanya, trend disinflansi Malaysia telah berakhir, walaupun kadar inflasi kekal sederhana,” katanya.

Pada suku pertama 2024, inflasi meningkat kepada 1.8 peratus daripada 1.5 peratus yang dicatatkan pada suku keempat tahun lalu.

MARC menjangkakan kadar inflasi negara berada pada 2.5 hingga 3.0 peratus dengan pusingan kedua kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi, dengan mengambil kira dasar sedemikian untuk mengehadkan tahan varian inflasi.

“Selain itu, ketidaktentuan geopolitik meningkatkan risiko kepada inflasi, di samping turun naik dalam harga komoditi dan peningkatan kos melalui rantaian bekalan.

“Namun begitu, inflasi dan pertumbuhan yang mampan di Malaysia seharusnya menyediakan skop kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3.0 peratus untuk 2024,” katanya.

Dalam laporan sama, MARC berkata, pertumbuhan ekonomi global dijangka mengekalkan tahap sederhana pada 2024.

Katanya, ramalan pertumbuhan untuk ekonomi Eropah maju kekal secara relatif stabil walaupun terdapat kelemahan yang berlarutan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini