comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Niaga hadapan FBM KLCI rendah semasa awal dagangan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives didagangkan rendah semasa awal dagangan pada Jumaat.

Pada jam 9.41 pagi, Julai 2024 susut 2.5 mata kepada 1,636.5, Ogos 2024 turun 2.0 mata kepada 1,640.0, September 2024 kurang 3.0 mata kepada 1,623.0 dan Disember 2024 menguncup 5.0 mata kepada 1,626.50.

Jumlah dagangan sebanyak 1,400 lot manakala kepentingan terbuka mencecah 47,600 kontrak.

FBM KLCI meningkat 3.30 mata kepada 1,637.11 selepas 41 minit dagangan, daripada 1,633.81 ketika ditutup semalam. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini